Monday, September 20, 2010

hayati~


Jika kamu memancing ikan….setelah ikan itu
terlekat di mata kail, hendaklah kamu
mengambil terus ikan itu ….janganlah sesekali
kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja ….kerana ia akan sakit oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup...
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan kepada seseorang …setelah ia
mula menyayangimu hendaklah kamu
menjaga hatinya ….janganlah sesekali kamu
terus meninggalkannya begitu
sahaja ….kerana dia akan terluka oleh
kenangan bersamamu dan mungkin tidak
dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu ….
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh ….
cukuplah sekadar keperluanmu….Apabila
sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula….akhirnya ia
dibuang….sedangkan jika kamu cuba
membaikinya mungkin ia masih boleh
digunakan lagi ….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
terimalah seadanya ….Janganlah kamu terlalu
mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu
istimewa ….anggaplah dia manusia
biasa...Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya …. akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.Sedangkan jika kamu
memaafkannya boleh jadi hubungan kamu
akan berterusan hingga ke akhirnya ….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk
dirimu...Mengenyangkan...
Berkhasiat...Mengapa kamu berlengah, cuba
mencari makanan yang lain..Terlalu ingin
mengejar kelazatan...Kelak, nasi itu akan basi
dan kamu tidak boleh memakannya...Kamu
akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan
seorang insan …..yang kamu pasti membawa
kebaikan kepada
dirimu...Menyayangimu...Mengasihimu....Mengapa
kamu berlengah, cuba membandingkannya
dengan yang lain... Terlalu mengejar
kesempurnaan...Kelak, kamu akan
kehilangannya apabila dia menjadi milik
orang lain..Kamu juga yang akan menyesal…..

No comments: